SEBUT HARGA TEMPAHAN
Harga tempahan ini adalah merangkumi harga untuk tempahan individu dan juga berkumpulan (sedondon). Berikut adalah senarai sebut harga bagi tempahan batik lukis keluaran Mirza Batik :
|
Bil |
Jenis Kain |
Harga 4 meter kain |
|
1 |
Sutera Fuji |
dari RM90 |
|
2 |
Sutera Rayon Jacquard |
dari RM170 |
|
3 |
Sutera Jacquard |
dari RM280 |
|
4 |
Sutera Creepe |
dari RM300 |
|
6 |
Sutera Creepe Satin |
dari RM360 |
**Harga adalah tertakluk kepada kadar pasaran turun naik harga semasa kain sutera
1. Harga yang dinyatakan di atas adalah untuk:
2. Pelanggan boleh mencadangkan apa-apa corak sekalipun mengikut pilihan sendiri ataupun dengan memberikan contoh mana-mana corak yang diingini dan harga akan ditentukan kemudian mengikut corak dan lapisan warna yang akan digunakan.
3. Sebarang tempahan yang diterima, deposit sebanyak 40% daripada nilai keseluruhan tempahan perlu dijelaskan terlebih dahulu bagi urusan penyediaan barangan mentah.
5. Kami juga sedia menerima tempahan untuk menjahit baju kurung, kebaya, kemeja dan sebagainya mengikut keperluan anda. Namun demikian, kami hanya menerima tempahan jahit berkumpulan yang melebihi 10 pasang dan ke atas sahaja dan harganya adalah sepertimana yang tertera di bawah:
· Baju Kemeja Lelaki : RM 25.00 sepasang
· Baju Kurung Perempuan : RM 25.00 sepasang
· Baju Kebaya Perempuan : RM 35.00 sepasang
DISKAUN HARGA
1. Kami telah menyediakan kadar diskaun harga istimewa kepada para pelanggan mengikut jumlah pembelian minima iaitu sekurang-kurangnya 2 item pembelian.
2. Para pelanggan boleh memasukkan Kod Diskaun Kupon yang dinyatakan di bawah dalam setiap pembelian mengikut jumlah minima yang ditetapkan seperti berikut.
* Produk Batik Lelaki & Wanita - code : bmf260
* Produk Batik Kaftan - code : bkf60
* Produk Makanan Tradisional - code : mt50
3. Angka di dalam kod di atas mewakili nilai jumlah belian yang anda buat. Contohnya, untuk kod bmf260; jika jumlah belian anda mencapai jumlah RM260 atau lebih, maka anda layak untuk untuk mendapatkan diskaun hebat daripada kami dengan memasukkan kod tersebut di dalam ruangan yang disediakan dalam pembelian anda nanti.
4. Walaubagaimanapun, kod kupon diskaun tersebut tidak sah digunakan jika terdapat promosi lain yang sedang berjalan.
JUALAN BORONG
1. Kami di MirzaBatik amat mengalu-alukan para pelanggan yang berminat untuk menjadi pemborong bagi produk batik dan produk makanan tradisional kami.
2. Harga borong akan diberikan kepada pelanggan yang membeli lebih dari 10 helai batik sutera atau 20 paket produk makanan tradisional. Pemborong akan menikmati harga yang lebih rendah sesuai dengan jumlah borong yang diambil samada untuk dipasarkan ataupun sebagainya.
Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lain berkenaan semua perkara di atas, anda boleh berbuat demikian dengan mengisi butiran yang diperlukan di bawah dan ajukan pertanyaan anda di bahagian 'Details' dan kami akan memberikan maklum balas seberapa segera. Anda juga boleh menghubungi kami melalui talian 014-5299 005 untuk maklumat lanjut.