Hubungi Kami

Cara Pembayaran

Semak Parcel

Info Batik


Jenis-jenis Kain:

  • SUTERA CREEPE SATIN : Jenis kain ini adalah kain yang lembut, licin, kilat dan tebal serta amat cantik jika dipakai kerana kurang berkedut. Harganya juga lebih mahal sedikit berbanding kain yang lain. Biasanya, produk exclusive kami menggunakan fabrik ini untuk menghasilkan produk batik excusive kerana ianya berbaloi dengan harga dan kualiti.
  • SUTERA CREPE : Kain ini seperti juga creepe satin tetapi tidak berkilat, mempunyai tekstur fabrik seakan sutera chiffon tetapi tidak jarang dan tidak memerlukan sebarang lining untuk membuat baju. Kain ini juga sedikit murah dari creepe satin, tetapi tetap lembut dan amat selesa serta sejuk apabila dipakai.
  • SUTERA JACQUARD : Kain jacquard adalah dari jenis kain sutera yang lembut dan licin. Kebiasaannya, produk batik sutera menggunakan kain dari jenis ini kerana ianya sangat berkualiti, selesa dan sejuk apabila dipakai.
  • SUTERA CHIFFON : Tekstur fabrik ini sedikit kasar tetapi lembut dan kainnya agak nipis dan jarang. Kebiasaannya kain ini memerlukan lining untuk membuat baju di bahagian dalam.
  • SUTERA RAYON : Tekstur fabrik ini seakan sutera jacquard tetapi ianya sedikit kasar dan mudah merenyuk tetapi tahan lasak. Harga kain ini juga lebih menjimatkan setanding dengan kualitinya.
  • SUTERA FUJI : Kain jenis ini biasanya sesuai untuk pakaian santai dan tekstur fabrik ini adalah seperti jacquard tetapi sedikit kasar. Walaupunpun begitu, ianya tetap lembut dan sejuk apabila dipakai.

 

Warna dan Corak:

  • Corak batik yang dihasilkan melalui proses cantingan (batik lukis) adalah lebih mahal berbanding batik yang dihasilkan melalui cop acuan (batik cop).
  • Batik cop biasanya boleh menghasilkan batik bercorak sama dalam kuantiti yang banyak kerana ianya menggunakan acuan (blok), manakala batik lukis pula memerlukan ketelitian dan kesabaran serta kreativiti menghasilkan corak yang unik kerana ia memerlukan kepakaran dalam proses mencanting dan mewarna.
  • Keunikan sesuatu batik lukis itu bergantung kepada jenis kain, coraknya yang unik serta cara pewarnaan batik tersebut.
  • Sekiranya batik tersebut menggunakan lebih lapisan warna dan mempunyai corak design yang lebih unik, maka ianya akan lebih eksklusif serta mempunyai nilai harga yang lebih tinggi. Tambahan pula corak dan warna tersebut adalah tunggal dan tidak sama dengan yang lain.


Tips Penjagaan Batik:

  • Jangan sesekali menggunakan mesin basuh untuk membasuh batik sutera anda. Memadai jika hanya merendam batik sutera anda dengan menggunakan pelembut fabrik sahaja.
  • Elakkan merendam dengan menggunakan peluntur.
  • Elakkan dari menjemur di bawah sinar matahari yang terik.
  • Untuk memudahkan proses menggosok, lembapkan kain terlebih dahulu dan menggunakan seterika bersuhu sederhana (silk).
  • Elakkan dari melipat baju sutera anda bagi tujuan menyimpan kerana ianya akan meninggalkan garisan yang sukar digosok.