Hubungi Kami

Cara Pembayaran

Semak Parcel

About Us


Umum telah mengetahui bahawa negeri-negeri di pantai timur khasnya di Kelantan dan Terengganu terkenal dengan pelbagai hasil kraf tradisional dan hasil mutu kerja tangan yang amat mengagumkan.

Terdorong dari itu, kami di Mirza Batik Trading sebagai pengusaha batik lukis yang berhadapan dengan dunia global masa kini, telah membawakan kepada anda di Malaysia dan di seluruh dunia sebuah perniagaan batik lukis yang mengetengahkan konsep dan corak batik Malaysia secara online dan offline dengan harga yang amat berpatutan, kompetetif serta mampu milik.

MirzaBatik adalah sebuah perniagaan yang diusahakan oleh usahawan bumiputera dan telah didaftarkan di atas nama perniagaan Mirza Batik Trading (KT0268212-V) yang mana perniagaan ini adalah berasaskan produk batik lukis dari Negeri Kelantan yang dihasilkan oleh warga tempatan sendiri. 

Sebelum ini, perusahaan batik lukis yang kami jalankan ini hanyalah merangkumi tempahan daripada pengedar tempatan sahaja secara offline. Namun demikian, kami telah membuat keputusan untuk mendaftarkan sendiri perniagaan kami ini dan mengusahakannya secara profesional dan tersusun dari pembuatan hinggalah kepada jualan runcit.

Selain beroperasi di Kota Bharu, Kelantan sebagai pusat operasi utama, kami juga telah membuka cawangan di Melaka yang beralamat di Lot FB-02, Aras 1, Mydin Mall MITC, Ayer Keroh, Melaka. Ini adalah bagi memudahkan penggemar batik lukis serta pelanggan yang berada di zon selatan untuk mendapatkan produk kami secara 'walk in' di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sebagai persediaan untuk menghadapai pasaran dunia global, kami juga melakukan jualan secara online yang mana semua pelanggan di seluruh dunia dapat membuat pilihan dan belian dengan hanya melayari laman web kami di http://www.mirzabatik.com.

Kami amat berharap supaya produk batik lukis ini akan mendapat tempat di mata dunia umumnya dan kerajaan Malaysia khasnya sebagai platform kepada pakaian rasmi atau tidak rasmi yang boleh dipakai oleh segenap lapisan masyarakat dalam apa jua acara sekalipun.

Sehubungan itu, kami juga amat mengalu-alukan sokongan dari semua pihak dari mana-mana badan berkanun, kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS serta sekolah-sekolah di semua negeri di Malaysia supaya dapat memberikan sokongan kepada kami dan membuat tempahan batik lukis dengan syarikat kami supaya kami dapat memberikan hasil yang terbaik dan bermutu kepada semua penggemar pakaian batik lukis.

 

Alamat Mirza Batik Trading

Main Adress  : 2587-5A (L), Jln Long Yunus, Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu, Kelantan

 

Branch           : Lot FB-02, Aras 1, Mydin Mall MITC, Ayer Keroh 75450 Hang Tuah Jaya, Melaka

 

Tel. No          : 013-3308885

Fax No         : 09-7448885

Email             : mirzabatik@gmail.com

 

Contact Person : En Badrul / Puan Tiny