Sebagai menghargai sokongan anda, kami dengan rasa berbesar hati ingin memberikan kemudahan kepada anda bayaran secara ansuran. Tempoh maksima untuk bayaran secara ansuran ini adalah sehingga 3 bulan sahaja dan terpulang kepada pelanggan untuk menyelesaikan bayaran dalam tempoh tertentu dalam waktu tersebut.
Harga bayaran secara ansur ini adalah mengikut seperti harga yang ditawarkan di laman web ini. Tiada tambahan harga dikenakan tetapi kami hanya mengenakan caj penghantaran sahaja kepada pelanggan untuk kos penghantaran nanti.
Tempahan pelanggan akan dimasukkan ke dalam 'Produk Telah Ditempah' sebaik sahaja bayaran pertama diterima dan hanya akan diposkan kepada pelanggan setelah selesai semua bayaran ansuran. Untuk makluman anda, pembelian secara ansuran ini tidak melayakkan anda untuk mendapatkan kupon diskaun.